Kenapa Tengku Zafrul takut nak dedahkan senarai rundingan terus PH_ - soal Lim
  • 4 years ago
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyoal Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kenapa beliau tidak mendedahkan senarai rundingan terus yang didedahkannya semalam.

Soalnya lagi adakah Tengku Zafrul takut untuk mendedahkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga terlibat dalam rundingan terus semasa dalam kabinet Pakata Harapan.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat berkata kerajaan terdahulu meluluskan 101 projek membabitkan nilai perolehan RM6.61 bilion secara rundingan terus.
Recommended