Ahmad doakan terbaik buat Tajuddin, kata Tengku Zafrul berhak tamatkan jawatan
  • 3 years ago
Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan menjelaskan kerajaan mempunyai hak untuk menentukan kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Prasarana dengan menyifatkan jawatan lantikan politik hanya sementara.

Dalam satu hantaran di Facebooknya, Ahmad berkata jawatan dalam politik ini mungkin paling lama 22 tahun atau boleh jadi 22 bulan.

Justeru katanya Menteri Kewangan Tengku Zafrul berhak menamatkan jawatan di Prasarana tersebut.