Ahmad Maslan mahu PPLKN, BTN dan JASA dikembalikan
  • 4 years ago
Ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan mahu Putrajaya mengembalikan semula agensi dan program yang telah ditamatkan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan termasuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Biro Tata Negara (BTN).

Menurutnya, tindakan kerajaan PH yang menutup agensi dan program tersebut sebelum ini telah menyebabkan ribuan orang kehilangan pekerjaan.