Dr Dzul: Saya tidak terancam dengan kehadiran ramai penyokong Tengku Zafrul
  • last year
Penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad tidak berasa terancam dengan kehadiran orang ramai dan penyokong Tengku Zafrul di pusat penamaan calon di Parlimen Kuala Selangor hari ini.

Katanya, dia tidak khuatir menang atau kalah kerana rakyat disini lebih faham siapa yang lebih layak berkhidmat dan sentiasa berada bersama mereka di masa susah dan senang.

Terdahulu, PH dan Parti AMANAH mahu Dr Dzulkefly mempertahankan kerusi itu pada PRU15 selepas Barisan Nasional meletakkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai calon di kerusi berkenaan.

Dr Dzulkefly menang kerusi Parlimen Kuala Selangor pada PRU12, namun tewas kepada Dr Irmohizam Ibrahim daripada BN PRU13 sebelum merampas kembali daripada Irmohizam pada PRU14.