Label DAP 'hantu' maka Melayu pun terus takut, cerita Ariff Sabri

  • 7 years ago
Ahli Parlimen DAP-Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri berkata orang Melayu sering ditakutkan dengan senario jika Umno jatuh, maka DAP akan menguasai pentadbiran negara.

Mohd Ariff berkata pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng ada memberitahunya bahawa realiti politik dalam negara majoritinya adalah Melayu, dan amat mustahil orang Cina mengetuai kepimpinan negara.

Beliau berkata demikian dalam Dialog Terbuka Isu Semasa di Kuala Terengganu, semalam.

Video ucapan tersebut dimuat naik GHB Media TV di Facebook.