'Saya Berada Di Tempat Kerja Untuk Anda, Anda Duduk Di Rumah Untuk Kami'
  • 4 years ago
Beberapa orang kakitangan perubatan menggunakan kemudahan Facebook untuk berkongsi petikan mengingatkan rakyat Malaysia agar duduk di rumah semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bermula hari ini.

Mereka berkongsi gambar sambil memegang sehelai kertas tertera perkataan ‘I Stay At Work for You, You Stay at Home for Us’ (Saya Berada Di Tempat Kerja Untuk Anda, Anda Duduk Di Rumah Untuk Kami), serta hashtag #StayHome dan #DudukRumah.

Gambar-gambar itu juga memaparkan pengorbanan perkhidmatan tersebut dalam usaha memerangi virus itu dan berkhidmat demi negara.

Hantaran itu adalah sebagai ingatan kepada rakyat Malaysia agar duduk di rumah yang bukan sahaja dapat membendung penularan Covid-19 tetapi juga dapat meringankan beban pakar perubatan dalam tempoh yang getir ini.

Perintah sekatan itu melibatkan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara termasuk kesihatan dan farmasi yang berada di barisan hadapan.