'Saya tentang keras calon PM dicadangkan oleh Dr M' - MP PKR
  • 3 years ago
Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid menentang sekeras-kerasnya calon Perdana Menteri yang dicadangkan oleh pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Dr Mahathir memilih Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali dan anaknya Mukhriz Mahathir sebagai calon perdana menteri dalam program dikendalikan pelawak Harith Iskander pada malam Rabu lalu.

Abdullah Sani turut menyalahkan bekas perdana menteri itu di atas kemelut politik yang berlaku kini kerana perletakkan jawatan beliau sebagai PM ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Sumber video: https://www.facebook.com/KeadilanRakyat/videos/581551626584447
Recommended