'Hanya 0.09 bagi setiap 1,000 dos vaksin alami kesan serius' - Dr Adham
  • 3 years ago
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) setakat ini menerima 2.4 laporan kesan advers selepas imunisasi (Adverse Event Following Immunization, Aefi) bagi setiap 1,000 dos vaksin Covid-19 yang disuntik.

Daripada laporan ini, hanya 0.09 bagi setiap 1,000 dos yang disuntik diklasifikasikan sebagai kes Aefi serius yang memerlukan rawatan lanjut atau rawatan di hospital, katanya lagi.

Sementara itu, data daripada sistem pemantauan Aefi dalam aplikasi MySejahtera menunjukkan setakat 12 Jun, aplikasi itu menerima 29.3 laporan Aefi biasa atau minor bagi setiap 1,000 dos yang disuntik.