KPWKM pandang serius kes kematian kanak-kanak dalam kenderaan
  • 4 years ago
Isu kematian bayi dan kanak-kanak dalam kenderaan akibat kecuaian ibu bapa mahupun penjaga merupakan antara isu yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari ke-12 hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff berkata kementerian memandang serius isu ini dan telah mengambil langkah-langkah seperti meningkatkan hukuman ke atas kes kecuaian serta menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada ibu bapa yang kematian anak dalam kes-kes demikian.

Selain itu, KPWKM turut bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan untuk program kesedaran awam seperti bayi tidak boleh diletakkan di tempat duduk belakang kerusi pemandu kerana ia merupakan titik buta (blind spot).c