'Hanya 38 laporan AEFI dos penggalak diklasifikasikan serius' - KJ
  • 2 years ago
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Sistem Pelaporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menerima 24,042 laporan termasuk 812 laporan membabitkan dos penggalak vaksin COVID-19.

Beliau berkata, kadar pelaporan AEFI bagi dos penggalak direkodkan pada 0.14 bagi setiap 1,000 dos berbanding kadar pelaporan AEFI keseluruhan 0.42 bagi setiap 1,000 dos.

Katanya, daripada jumlah laporan AEFI yang diterima bagi dos penggalak, hanya 38 laporan (atau 4.91 peratus) diklasifikasikan sebagai serius bersamaan kadar 0.007 laporan bagi setiap 1,000 dos.