Bersatu pandang serius surat Umno, beri implikasi besar
  • 3 years ago
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam tidak memutuskan secara jelas mengenai hubungan parti itu dengan Umno.

Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainuddin, berkata Bersatu memandang serius kandungan surat yang dihantar Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak bekerjasama dengan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang

Menurut Hamzah, kandungan surat itu mempunyai implikasi besar terhadap kerjasama di antara Bersatu dan Umno di masa hadapan.