Aktiviti perniagaan 8 pagi ke 8 malam mulai 25 Mei

  • 3 years ago
Operasi perniagaan di seluruh negara dihadkan dari 8 pagi sehingga 8 malam sahaja mulai 25 Mei, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Perniagaan pasar malam pula dibenarkan beroperasi dari 4 petang ke 10 malam, kata menteri kanan.

Jelas Ismail, semua SOP sekatan tambahan PKP 3.0 ini berkuatkuasa di seluruh Semenanjung, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan mulai 25 Mei.