Kelab malam dibuka semula mulai 15 Mei, kata Khairy
  • 2 years ago
Kelab malam akan dibenarkan dibuka semula mulai 15 Mei ini apabila KKM menarik balik senarai aktiviti dilarang atau 'negative list' Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Sehingga hari ini, kelab malam adalah satu-satunya aktiviti yang kekal dalam senarai negatif kerajaan.