Segala aktiviti di masjid, surau Selangor ditangguh ke 17 April

  • 4 years ago
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan agar semua aktiviti di masjid, surau dan musolla di negeri itu ditangguhkan sehingga 17 April depan.

Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Sultan Selangor telah menerima taklimat mengenai perkara itu oleh kumpulan gerak kerja yang diketuai bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.