Mahkamah tak benar kes Najib ditangguh 3 hingga 4 bulan lagi
  • 2 years ago
Panel lima hakim hari ini sebulat suara menolak permohonan pasukan pembelaan Najib Razak untuk menangguhkan pendengaran permohonan utama kes SRC International.

Pengerusi panel Tengku Maimun Tuan Mat berkata, pasukan pembelaan Najib maklum mengenai tarikh pendengaran dan sepatutnya telah membuat segala persiapan.

Beliau bagaimanapun membenarkan pendengaran permohonan itu ditangguh ke hari Khamis minggu ini.