Azeez masuk hospital, keputusan rayuan ditangguh lagi ke 5 Sept

  • 2 years ago
Mahkamah Rayuan sekali lagi menangguhkan keputusan rayuan bekas pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim.

Ia bagi membatalkan tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Peguam, Amer Hamzah Arshad memberitahu mahkamah bahawa Ahli Parlimen Baling itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 3 pagi tadi kerana masalah gastrik.