Aktiviti pembalakan dibenarkan mulai esok

  • 3 years ago
Semua sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) kini dibenarkan melanjutkan waktu operasi sehingga pukul 10 malam bermula esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata, keputusan itu bagi mengelakkan kekeliruan dalam penguatkuasaan susulan lanjutan operasi restoran dan kedai makan sebelum ini.

Ismail turut memaklumkan kerajaan memutuskan untuk membenarkan sektor perkayuan dan rantaiannya, termasuk pembalakan, untuk kembali beroperasi.

Kebenaran itu juga bermula esok.

Dalam pada itu, Ismail meminta pihak berkuasa menggunakan budi bicara berhubung rakyat yang ingin membuat perjalanan rentas negeri.

https://www.malaysiakini.com/news/560811