DBKL tutup aktiviti bazar di Jalan TAR, pindah ke Jalan Raja

  • 5 years ago
Lokasi baharu bazar Ramadan di Jalan Raja di sini bagi menggantikan bazar di lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) / Jalan Masjid India, akan memberi lebih keselesaan kepada pengunjung dan juga peniaga, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Beliau berkata lokasi baharu itu akan menyaksikan bazar yang lebih bersih, cantik, menggunakan khemah besar dan petak meniaga lebih luas, selain kawasan jalan kaki lebih baik, sekali gus menjadikannya tersusun dan teratur, berbanding lokasi lama.

Katanya, lokasi asal tidak lagi sesuai memandangkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapat banyak bantahan dan aduan daripada pemilik premis kedai berhampiran, selain isu kesesakan lalu lintas yang teruk dan juga masalah longgokan sampah sarap.