Demo #TangkapAzamBaki: Polis tutup 6 jalan di KL, stesen kereta api terpilih
  • 2 years ago
Enam jalan utama dan stesen kereta api terpilih menghala ke pusat bandar akan ditutup esok sebagai sebahagian daripada langkah polis untuk menghalang perhimpunan #TangkapAzamBaki.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata semua trafik akan dilencongkan dari Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail mulai 7 pagi.

Semua pengendali rel juga telah diarah menghentikan perkhidmatan di stesen terpilih di sepanjang laluan LRT Ampang-Sri Petaling, LRT Kelana Jaya, MRT Sungai Buloh, monorel dan KTM.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/607846