Stesen kereta api St Petersburg dibom

  • 7 years ago
Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala lebih 50 orang lagi dipercayai cedera dalam insiden letupan membabitkan dua bahagian gerabak kereta api di stesen metro Sennaya Ploshchad, di St Petersburg, Russia, semalam.

Reuters memetik sumber sebagai berkata, salah satu letupan itu dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri.

Rakaman video juga menunjukkan beberapa mangsa yang cedera terbaring di atas platform dengan sebahagian daripada mereka dirawat oleh pasukan perkhidmatan kecemasan.

Orang ramai dilihat bertempiaran lari ketika kawasan ber­kenaan dipenuhi asap selepas letupan berlaku.

Berikutan insiden ini, pihak berkuasa St. Petersburg menutup semua stesen metro di bandar itu buat sementara waktu.

Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata punca letupan masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan ketika ini.

Beliau tidak menolak semua kemungkinan termasuk insiden tersebut dilakukan oleh kumpulan pengganas.

Putin, yang kebetulan berada di bandar ini untuk bertemu pemimpin Belarus, Alexander Lukashenko.