Lelaki lebih sayangkan kereta walaupun dibom

  • 8 years ago
Kalau kereta antiknya dibom, ia seperti ahli keluarganya dibunuh.

Begitulah 'sayangnya' Abu Omar berusia 69 tahun, seorang penduduk Alleppo, Syria, terhadap koleksi 24 kereta antik yang dimilikinya. Enam daripadanya sudah hancur dibom.

Kereta pertamanya, adalah Plymouth 1947. Dia kini tinggal berseorangan di rumah usang di kawasan al-Shaar yang dikuasai pemberontak selepas keluarganya meninggalkannya kerana tidak tahan dengan perang.