KKM tetap berhati-hati dengan Omicron walaupun gejala lebih ringan

  • 2 years ago
Kementerian Kesihatan tetap mengambil pendirian berhati-hati dengan ancaman varian Omicron walaupun beberapa data menunjukkan gejala varian itu lebih ringan berbanding varian Delta.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, varian itu bagaimanapun mempunyai kadar kebolehjangkitan lebih tinggi yang akan memberi kesan kepada kemasukan ke hospital terutama di kalangan golongan berisiko.