Berhati-hati kritik isu kuota masjid, kata Persatuan Ulama Malaysia
  • 3 years ago
Persatuan Ulama Malaysia mengingatkan semua pihak agar berhati-hati semasa menyatakan pandangan berhubung hal ehwal agama Islam, khususnya isu kuota yang diperuntukkan untuk orang kenamaan di jabatan kerajaan bagi solat Jumaat.

Setiausaha agungnya Mohd Roslan Mohd Nor berkata, ini kerana setiap kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan berhubung perkara itu ibarat mengkritik keputusan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu selaku ketua-ketua agama Islam di negara ini.