'Azizah tetap TPM walaupun bukan lagi presiden PKR'

  • 6 years ago
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan kekal sebagai orang nombor dua dalam kerajaan walaupun mungkin tidak lagi menjadi presiden PKR, kata Nurul Izzah Anwar.

Dalam wawancara Malaysiakini, Naib Presiden PKR itu bagaimanapun mengakui dinamik pentadbiran Pakatan Harapan akan berubah jika ibunya itu tidak lagi mengetuai PKR.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bapanya, menjadi presiden parti selepas pemilihan bulan depan.