Maut di jalan berlubang_ Dah 9 kali baiki Jalan Tengah - DBKL

  • 3 years ago
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata pihaknya telah melakukan sembilan kali pembaikan jalan sejak September di tempat kejadian seorang warga emas meninggal dunia pada 3 Januari lalu.

Mangsa, Ho Yan Fee, 75, meninggal dunia di lokasi selepas motosikalnya hilang kawalan akibat melalui jalan berlubang di Jalan Tengah menuju ke arah Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur.