'Saya dah kata banyak kali ini bukan penyatuan dua parti'
  • 5 years ago
Timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu Umno dan PAS bersetuju membentuk jawatankuasa khas bagi membincangkan butiran kerjasama ke arah penyatuan ummah dan rakyat.Menurut Mohamad, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan naib presiden kedua-dua parti, dengan Umno melantik Khaled Nordin sebagai wakil manakala Idris Ahmad mewakili PAS.Bagaimanapun kata bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, langkah tersebut bukanlah bermaksud PAS dan Umno akan digabungkan."Ini bukan penyatuan parti. Ia suatu kerjasama di antara Umno dan PAS, dan rakan parti komponen masing masing atas isu yang ada asas untuk setiap parti."Tidak akan ada simbol baru," katanya.Turut hadir, ketiga-tiga naib presiden Umno iaitu Ismail Sabri Yaakob, Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid, setiausaha agung Annuar Musa dan ketua wanita Noraini Ahmad.Sementara itu selain Tuan Ibrahim, delegasi PAS disertai Ketua Dewan Ulama Dr Mahfodz Mohamed, Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, Idris dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Zuhdi Marzuki.