'Saya ajak pengundi PH tumbangkan BN di Pahang, bukan parti PH'
  • 2 years ago
Ketua Pemuda PAS menegaskan kenyataannya mengajak pengundi PH untuk menumbangkan BN di Pahang tidak ditujukan kepada parti-parti pembangkang.

Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Ahmad Fadhli Shaari berkata dia tidak melihat sebarang masalah atas ajakannya itu kerana pengundi PH juga rakyat Malaysia.