Pengundi cina dan muda sudah beralih kepada BN, ini satu petanda
  • 4 years ago
Presiden BN Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan keputusan PRK Tanjung Piai sebagai "referendum kecil" terhadap pimpinan Pakatan Harapan (PH).

"Ini memperlihatkan bahawa PH ditolak pengundi Tanjung Piai dan ini manifestasi kepada penolakan keseluruhan.

"Walaupun ia bukan satu referendum peringkat nasional, tetapi ia merupakan referendum kecil," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Katanya lagi, bukan saja pengundi Cina malah golongan muda juga kembali kepada BN.