Suarakini: BN atau Warisan? Yang mana pilihan pengundi PRK Kimanis?
  • 4 years ago
Pengundi di Kimanis akan menjalankan tanggungjawab yang besar Sabtu ini, iaitu memilih ahli Parlimen baru.

Dalam laporan khas KiniTV hari ini, wartawan kami Syazwana Amir bertemu-ramah bersama pengundi disana, untuk mengetahui apakah yang mereka mahukan dari wakil rakyat mereka dan siapakah yang bakal mereka undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan pilihan raya umum lalu di kerusi parlimen berkenaan atas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mematuhi prosedur pilihan raya.

Calon Umno, Anifah Aman memenangi PRU berkenaan dengan majoriti tipis 156 undi.

Umno diwakili oleh Mohamad Alamin, yang bertanding di bawah tiket BN, manakala Karim Bujang mewakili Warisan.