PRK Kimanis: Calon Warisan pelik orang masih sokong Bossku
  • 4 years ago
Calon Warisan (PH) PRK Kimanis Karim Bujang berkata beliau hairan dengan hakikat bahawa walaupun menghadapi tuduhan jenayah di Kuala Lumpur, Najib Razak masih boleh membuat penampilan di Sabah untuk berkempen untuk BN dalam pilihan raya kecil itu.

"Saya hanya tertanya-tanya, seseorang yang telah menghadapi kes di mahkamah boleh datang ke sini dan bertindak seperti dia bos, dan orang masih mengundi (untuk BN)," katanya.

Pagi tadi sebelum penamaan calon, Najib hadir bagi memberi sokongan kepada Calon BN Mohamad Alamin.

Reaksi penyokong ketika tu kelihatan teruja dengan bersalaman dengan Najib dan mengambil bersama beliau.

PRK parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan

Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Pada PRU 2018, Anifah memenangi kerusi itu dengan majoriti 156 undi.