Kimanis Memilih: Mukhriz akui calon Warisan miliki kelebihan

  • 2 tahun lalu
Calon Warisan-PH, Datuk Karim Bujang mempunyai kelebihan dan peluang yang lebih besar untuk merampas semula kerusi Parlimen Kimanis daripada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil yang akan berlangsung Sabtu ini.

Menurut Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ia kerana hubungan baik antara kerajaan negeri Sabah dengan kerajaan persekutuan dilihat sebagai nilai tambah untuk memikat hati pengundi di Kimanis.