PRK Kimanis: Pantun Ahmad Maslan meriahkan ratusan penyokong berkumpul
  • 4 years ago
Ratusan penyokong BN berkumpul di Beaufort pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kimanis hari ini.

Calon BN Mohamad Alamin tiba awal dan disambut kira-kira 400 penyokong yang berkumpul di pusat penamaan calon di Dewan Datuk Sri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort.

Pilihan raya kecil ini diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember tahun lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Anifah Aman di kerusi itu pada pilihan raya umum 2018.

Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan, Najib Razak dan Ahmad Maslan.

Laungan malu apa bossku dan pantun dari Ahmad Maskan memeriahkan suasana penyokong yang berkumpul di situ.