'Warisan, PBS hentam kita 'parti Malaya', pada saya itu bukan isu'
  • 4 years ago
Ketua UMNO Sabah yakin pengundi-pengundi Sabah tidak akan terpengaruh dengan sentimen yang dimainkan oleh parti lawan, Warisan dan PBS bahawa UMNO Sabah merupakan 'parti dari Semenanjung'.

Menurutnya, selepas melalui proses transformasi secara besar-besaran, UMNO Sabah diberi autonomi untuk menentukan gerak kerja parti itu termasuk urusan mengenai pemilihan calon dan kerusi pada pilihan raya negeri akan datang.

Selain itu, beliau memberi jaminan untuk membawa perubahan kepada kerajaan baru negeri Sabah dan mahu membuang imej pemimpin sebagai 'raja' sesuai dengan kehendak rakyat.

Beliau berkata demikian dalam rancangan bual bicara yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online malam tadi.

https://www.facebook.com/watch/live/?v=367799001053389&ref=search
Recommended