Paya Jaras : Isu ini bukan diada-adakan oleh pembangkang… isu ini adalah isu ‘real’,
  • 5 years ago
Naib Presiden UMNO, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya kerajaan negeri menyediakan perumahan sementara untuk mereka yang terlibat, mana mungkin pembangkang akan menyentuh berkara ini.

“Janganlah kata isu ini saja dibangkitkan pembangkang jadi mereka tidak mahu selesaikan. Ini bukan isu kecil. Anak umur empat tahun… bayi… duduk di khemah yang tidak ada dinding dengan keadaan cuaca jerebu, jadi jangan cakap ini isu kecil, ini isu besar… ini isu kemanusiaan.

“Walaupun pembangkang bangkitkan isu ini tetapi isu ini harus diselesaikan. Mereka kerajaan… kalau kita kerajaan kita akan selesaikan, mereka kerajaan jadi mereka kena selesaikan.

“Kalau ikutkan, itu kawasan kubu kuat Pakatan Harapan (PH)… kita kalah di PDM itu. Tapi ini bukan isu parti.. tidak kira parti apa… Rohingya yang tidak ada kena mengena dengan kita pun kita bantu tapi sekarang tidak timbul isu negara… politik atau sebagainya… ada yang kata mereka PR tapi ini semua tidak timbul. Sebagai manusia penderitaan mereka kerajaan kena ambil berat,” tegas beliau lagi.

Justeru Ismail mendesak agar kerajaan negeri Selangor melupakan soal politik dan segera membantu menyelesaikan masalah rakyat.