Isu skandal LCS akan terus dimainkan pembangkang macam 1MDB - PM
  • 2 years ago
Perdana Menteri Ismail Sabri berkata, isu terbaru yang muncul iaitu skandal projek kapal tempur pesisir (LCS) belum dapat dipastikan kesannya kepada parti dan kerajaan.

Pada masa sama, Naib Presiden Umno itu menjangkakan isu tersebut akan terus dijadikan 'peluru' oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan.

Dalam wawancara bersama media baru-baru ini, Ismail berkata dia telah mengarahkan Kementerian Pertahanan untuk melibatkan semua media bagi menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku mengenai skandal LCS.

Sumber video: Pejabat Perdana Menteri
Recommended