'Saya bukan balaci DAP dan BN, saya balaci rakyat'

  • 5 years ago
Saya bukan balaci DAP, bukan juga balaci BN. Saya balaci "orang lapar" dan orang sakit, saya balaci rakyat," demikian petikan kata aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai "uncle kentang".

Memetik Malaysiakini, Kuan menjelaskan matlamatnya untuk menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semata-mata mahu membawa suara rakyat.

Walaupun Kuan mengakui sukar untuk memenangi PRK berkenaan namun beliau tetap yakin akan memenangi suara rakyat yang susah.

Kuan menjelaskan, cara kempennya di Semenyih kelak adalah dengan mengumpul golongan yang susah dan sakit.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap khabar angin yang mendakwa penyertaan Presiden Kepolisan Masyarakat Malaysia (CP) itu "ditaja" DAP bagi memecah undi.

Sementara itu mengulas tuduhan pihak tertentu kepadanya, Kuan berkata itulah nilai politik masyarakat negara ini selepas lebih 60 tahun negara merdeka.

Katanya beliau tidak terkesan dengan tuduhan-tuduhan liar itu dan tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Kuan pada 5 Februari lalu menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam PRK DUN Semenyih.

Beliau berkata, keputusan terbabit diambil bukan untuk popular atau meraih kemenangan, sebaliknya mahu berkhidmat untuk rakyat.

Beliau turut menyatakan kekecewaan terhadap pemimpin politik yang hari ini lebih banyak "mengubah nasib diri sendiri" dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.

Sebelum ini Kuan turut menjelaskan jika menang PRK DUN Semenyih beliau tidak akan mengambil duit gaji kerana menganggap ia milik rakyat.

Recommended