"Saya tiada kuasa, saya bukan juri, tak ada kuasa" - SPR
  • 5 years ago
SPR tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada pengumuman projek Kerajaansebagai taktik meraih undi atau sebaliknya.

Pengerusinya memberitahu jika ia menjadi isu, maka ia perlu dibuktikan bukan aktiviti meraih undi.

“Saya bukan hakim. Saya bukan juri. Saya tak ada kuasa siasatan. Kena faham. Saya tak boleh buat sewenang-wenangnya,” katanya pada Selasa.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata umum perlu faham fungsi sebenar SPR yang bertujuan menganjur dan mengawal keadaan agar proses pengundian diadakan sehingga selesai.
Recommended