Jalan tar cair akibat panas melampau di Kuwait

  • 7 years ago
Suhu mencecah 49 darjah Celcius ketika ini di Kuwait hingga menyebabkan jalan tar di satu kawasan mencair.

Video sebuah lori tersekat akibat tayar terbenam di jalan tar yang cair tular di laman sosial menunjukkan suhu terlampau panas yang melanda negara berkenaan.

Akibat suhu melampau berserta paras debu tinggi dalam udara, pihak berkuasa tempatan membenarkan pengebumian mayat dijalankan pada wkatu malam sehingga Settember depan.

Kebenaran itu diberikan selepas penduduk mengadu tidak dapat menghadiri majlis pengebumian kerana cuaca yang terlalu panas pada siang hari.