Dewan panas isu bajet nephrology dikurangkan, KKM beri penjelasan

  • 3 years ago
Suasana Dewan Rakyat 'panas' sewaktu Timbalan Kementerian Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali menyampaikan penggulungannya di Dewan Rakyat hingga menyebabkan terganggu beberapa kali.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun juga terpaksa mengawal 'suhu' dewan yang sentiasa hangat dan memberikan beberapa kali amaran kepada ahli parlimen yang mencelah tanpa kebenaran Dr Noor Azmi.

Ini kerana ahli parlimen pembangkang mempersoalkan bajet bagi nephrology yang dikurangkan lebih separuh.

Untuk rekod bajet bagi nephrology dikurangkan sebanyak 77.61 peratus.