'Apa salah Speaker_' - Parlimen panas selepas usul tukar speaker dikemuka
  • 4 years ago
Usul untuk menggugurkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Mohd Yusof bertukar panas apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mempersoalkan niat kerajaan untuk menggantikan Ariff.

Ia selepas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengusulkan usul untuk menggantikan Ariff dengan alasan ada kekosongan.

Timbalan Yang Dipertua, Rashid Hasnon selepas itu membuka dewan membahaskan usul tersebut.