Kjaan tempatkan polis di rumah ibadat di lokasi panas

  • 5 years ago
Kerajaan akan hanya menempatkan pasukan keselamatan di lokasi-lokasi "panas" yang dijangka menjadi tumpuan susulan tragedi serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin, berkata situasi di negara ini masih terkawal, namun pemantauan tetap dilakukan oleh pihak polis."Kita lakukan bila ada keperluan, bukan semua rumah ibadat (dijaga pihak keselamatan), sebahagian besarnya tidak."Pihak polis dan pihak berkuasa keselamatan sentiasa memantau puak-puak pelampau dan ekstrimis," katanya katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke- 229 di Maktab Penjara Malaysia di Kajang, hari ini.Jumaat lalu dunia dikejutkan dengan insiden dua buah masjid Christchurch, New Zealand diserang oleh seorang pengganas kelahiran Australia.Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya 41 jemaah terbunuh di Masjid Al Noor di Deans Avenue, tengah Christchurch manakala tujuh lagi terkorban di Masjid Linwood di pinggir bandar. Seorang lagi mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Christchurch.Kejadian itu turut mengakibatkan tiga warga Malaysia cedera, manakala seorang lagi masih hilang.Semalam, Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun mengarahkan anggota polis untuk memantau kuil dan gereja di negara ini susulan insiden tembakan ke atas jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand itu.