Umany kesal tindakan polis, UM cuba 'bisukan' mahasiswa
  • 3 years ago
Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (Umany) hari ini kesal dengan tindakan pihak polis yang masih meneruskan siasatan terhadap kumpulan itu walaupun telah menarik balik kenyataan mereka dan memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong.

Presiden Umany, Yap Wen Qi menyifatkan siasatan polis terhadap persatuan itu di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia sebagai langkah untuk mengekang kebebasan akademik.

Selain itu, Yap juga mengecam tindakan Universiti Malaysia kerana telah mendedahkan maklumat ahli persatuan itu kepada pihak berkuasa.