Polis tahan 11 Ultras Malaya, termasuk 5 mahasiswa
  • 9 years ago
Polis mengesahkan telah menangkap 11 penyokong Ultras Malaya yang didakwa melemparkan suar, bunga api dan mercun ke tengah padang ketika perlawanan antara pasukan Harimau Malaya menentang Arab Saudi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat pada sidang akhbarnya berkata lima daripada yang ditahan itu adalah mahasiswa universiti dan semua mereka kini ditahan reman selama tiga hari.