Padah pandu lawan arus, Polis Johor tahan pemandu
  • 3 years ago
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor telah menahan seorang pemandu yang dirakam memandu secara melawan arus di Lebuhraya Senai - Desaru pada 9 Januari lalu.

Berdasarkan maklumat awam, JSPT Johor telah berjaya mengesan dan menahan pemandu terbabit di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan.