Padah bawa pokok pisang guna kereta, pemandu Vios dikenakan saman
  • 3 years ago
Perbuatan seorang lelaki membawa sebatang pokok pisang menggunakan kereta sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain semalam, membongkar 18 saman trafik, empat waran tangkap serta 10 saman 'non-compoundable' terhadapnya yang masih belum selesai.


Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berusia 30 tahun berkenaan yang hadir di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri bagi memberi keterangan berhubung insiden pokok pisang itu kemudian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi menyelesaikan saman tertunggaknya.

Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, sebuah kereta Toyota Vios dirakam membawa sebatang pokok pisang secara melintang sehingga mengganggu trafik di Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, Skudai pada Sabtu lalu.