Loke saran JPJ saman pemimpin tidak guna topi keledar
  • 4 years ago
Bekas menteri pengangkutan, Anthony Loke mahu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan saman kepada pemimpin yang menunggang motosikal tanpa menggunakan topi keledar.

Menunjukkan bukti bergambar di Dewan Rakyat, Loke (PH-Seremban) berkata beberapa pemimpin BN telah dirakamkan menunggang motosikal tanpa menggunakan topi keledar semasa kempen pilihan raya kecil Slim.

Mereka termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, timbalan presiden parti itu, Mohamad Hasan; Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican; Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa, dan calon BN bagi kerusi Slim Mohd Zaidi Aziz.