Harap tiada lagi 'salah tangkap' - Wong Shu Qi kesal dipanggil polis
  • 3 years ago
Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dari DAP dirakam percakapannya hari ini di Balai Polis Wangi berkenaan kes yang dikaitkan dengan perhimpunan di Dataran Merdeka, di sini, pada 2 Ogos lalu.

Peguamnya, Syahredzan Johan berkata pada hari kejadian, Shu Qi berada dalam mesyuarat bersama Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen dan anak guamnya tidak menghadiri perhimpunan tersebut.

Oleh itu, Shu Qi menyatakan rasa kesal dengan tindakan polis memanggilnya untuk dirakam percakapan dan dia berharap tiada lagi salah faham dari pihak polis.