Jangan fikir 'posting', padam, kemudian minta maaf, polis tidak ambil tindakan

  • 4 years ago
Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa pihak polis masih akan menyiasat individu yang telah memadamkan hantaran (posting) berita palsu di media sosial mereka.

Katanya, walaupun individu itu telah meminta maaf dengan menyebarkan berita palsu, pihak polis tetap akan mengambil tindakan.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, polis pada Jumaat lalu mengambil keterangan bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kebanjiran warga Malaysia yang pulang dari Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor.