'Jangan kurang ajar!' - Umno mahu Bersatu ambil tindakan pada Faiz
  • 3 years ago
Anggota Majlis Tertinggi Umno Armand Azha Abu Hanifah hari ini mengetuai satu delegasi bagi menyampaikan memorandum di ibu pejabat Bersatu, Petaling Jaya.

Memorandum itu bagi menuntut presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengambil tindakan ke atas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman atas kenyataannya.

Terdahulu, Muhammad Faiz melabel “kluster mahkamah” Umno sebagai binatang politik yang mempergunakan ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi.

Sumber video: https://www.facebook.com/RakyatReportsTVOfficials/videos/823591401903279