'Kesan buruk judi bukan saja libat orang Islam tapi juga dibangkitkan wakil bukan Islam'
  • 4 years ago
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) semalam membentang usul menghapuskan industri perjudian dalam negara dengan mendakwa bahawa golongan wanita dan kanak-kanak paling terkesan akibat gejala sosial ini.

Ahli Dewan Negara Asmak Husin mewakili DMPP membentang usul tersebut di Muktamar PAS kali ke-66 di Kota Bharu, Kelantan semalam.

"Kesan buruk judi ini bukan sahaja melibatkan dan melingkari masyarakat Islam di Malaysia tetapi ia turut dibangkitkan oleh wakil bukan Islam terutamanya pengalaman saya di Dewan Negara kerana kesannya sangat dirasai oleh masyarakat" katanya di Muktamar PAS semalam.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/542471

Sumber video: https://www.facebook.com/abdulhadiawang/videos/238162980948268